Proses Pembinaan Instrumen

 

PROSES PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK YANG SISTEMATIK

Instrumen merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan eviden yang boleh dipertimbangkan di dalam sesuatu penilaian ( Jabatan Pendidikan Perak, 2013). Rasyid dan Mansur (2008) juga berpendapat bahawa instrumen adalah salah satu cara secara tidak langsung menilai tahap kebolehan manusia, iaitu melalui tindak balas seseorang terhadap beberapa rangsangan atau soalan. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat yang tepat melalui instrumen yang boleh dipercayai, guru memerlukan langkah-langkah yang bersistematik dan teratur. Terdapat beberapa proses yang sistematik untuk membina instrumen penilaian yang baik agar dapat menyatakan maklum balas yang tepat.                        

            Contoh pembinaan instrumen bertulis:

                                                                                    Sumber: AQA Youtube

Menurut Modul Panduan Pembinaan Item yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Perak (2013) pula, terdapat 5 proses utama dalam pembinaan instrumen penilaian bertulis iaitu :

 

Rajah 1: Proses Utama Dalam Pembinaan Instrumen Penilaian Bertulis

   1.  MENENTUKAN TUJUAN DAN OBJEKTIF PENGAJARAN YANG HENDAK DIUJI


v   Dengan adanya tujuan yang jelas dalam penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian   (JSU) guru dapat menjalankan ujian dengan lebih berkesan.


v   Guru perlu menetapkan objektif pembelajaran yang hendak diukur sejajar     dengan DSKP.


v Satu cara menentukan objektif pengajaran adalah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan.


v Taksonomi ialah sistem yang mengelaskan objektif domain-domain kognitif (Bloom,1956), afektif (Krathwohl,1964) dan psikomotor (Harrow,1972).


2. MENENTUKAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


 v  JSU merupakan langkah kedua bagi proses perancangan membina ujian. JSU juga dikenali sebagai ‘test blueprint’ yang menghuraikan aspek pencapaian yang hendak diukur.


 v  JSU juga didefinisikan sebagai satu matriks atau carta yang mewakili bilangan item yang hendak diuji mengikut setiap topik dan aras objektif.


v   Mohd Fakhrudzafie (2010) menerangkan penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian dapat membantu guru mengenal pasti kemahiran atau objektif yang hendak diuji.


v   Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK, 2001) menyatakan bahawa menggunakan JSU guru atau pembina ujian akan dapat merancang topik atau kemahiran yang hendak diuji dalam item berdasarkan tahap kognitif yang dicadangkan dalam Taksonomi Bloom. Tahap Kognitif Bloom yang digunakan dalam JSU ialah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.


v  Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) juga boleh menggelakkan penggubal  penilaian  daripada  bersikap  cuai  seperti  menulis  soalan tanpa perancangan yang menyebabkan sebahagian konstruk sahaja diukur  (Syed Muhd Kamal, Ahmad dan Syed Muhamad  Dawilah, 2014).

 

     

Rajah 2: Kepentingan JSU

 

v   JSU terdiri daripada kandungan, kemahiran dan wajaran.  


Rajah 3: Aspek Pembinaan JSU


v   JSU juga adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur oleh guru (Kubiszyn dan Borich (2003).


v  Menurut Modul Panduan Pembinaan Item yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Perak (2013), terdapat lima Langkah pembinaan JSU yang baik.

 

                               Rajah 4: 5 Langkah Pembinaan JSU


3.  MENULIS ITEM SOALAN


v Terdapat dua jenis item iaitu item objektif dan item subjektif. Item objektif terdiri daripada item beraneka pilihan, item mengisi tempat kosong, item melengkapkan ayat, item betul-salah, item padanan dan sebagainya. Manakala item subjektif pula terdiri daripada item respons terbuka dan item berstruktur.


v Guru matematik seharusnya mengamalkan beberapa prinsip pembinaan item semasa menulis item-item ujian;


i.     Prinsip Pertama - Guru matematik perlu memberi arahan untuk menjawab setiap item dengan ringkas dan mudah difahami oleh murid.


Bundarkan kepada puluh terdekat.

a)  2 408 =

b)  2 591 =

Rajah 6: Contoh soalan matematik


ii.   Prinsip Kedua - Guru perlu menggunakan bahasa yang mudah dan jelas semasa membina item supaya murid dapat memahami maklumat dan kehendak soalan tersebut. Hal ini membantu murid untuk memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh pemeriksa.

 

            

Rajah 7: Contoh soalan matematik

 

iii.   Prinsip Ketiga - Guru matematik perlu membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan atau kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu dan bukannya berbentuk pengetahuan atau kepintaran am.


 

iv.   Prinsip Keempat - Biasanya, dalam ujian terdapat soalan yang dikendaki murid memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanya guru meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.


          

Rajah 8: Contoh soalan matematik


v.    Prinsip Kelima - Pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan supaya murid tidak keliru semasa membaca item yang diberi. Guru perlu peka terhadap simbol-simbol matematik semasa membina soalan ujian.

 

4.  MENYEMAK ITEM SOALAN


Guru perlu menyemak kualiti item soalan berdasarkan ciri-ciri instrumen penilaian. 



                               Rajah 9: Cara menyemak item


5.  MENILAI ITEM SOALAN


Pada peringkat ini, guru perlu membuat penyemakan dan pemurnian agar ujian bebas daripada kesilapan. Guru hendaklah memastikan:


Rajah 10: Item untuk dinilai

Proses pembinaan instrumen PEMERHATIAN

Pemerhatian merupakan satu cara cara penilaian tanpa melibatkan komunikasi secara langsung dengan murid. Terbahagi kepada dua kategori iaitu berstruktur dan tidak berstruktur.

 

Rajah 11: Proses Penilaian Pemerhatian (Nizam, 2012)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Blog ini bertujuan untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus Penilaian dalam Pembelajaran Mat...