Pengenalan

 

Perkembangan dunia semasa telah menjadikan sistem Pendidikan negara mengalami transformasi yang selari dengan situasi semasa. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2012), KPM telah mengambil langkah yang berani dengan melakukan pelbagai inovasi di dalam pentaksiran sekolah, berdasarkan pandangan dan rungutan ibu bapa dan masyarakat tentang kebimbangan terhadap keupayaan sistem Pendidikan di Malaysia dalam menyediakan generasi muda yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21. Transformasi pentaksiran ini memberikan satu pendekatan baharu bagi mewujudkan pembangunan potensi murid dapat dibina secara menyeluruh, bukannya kecerdasan minda semata-mata. Melalui pendekatan ini, murid akan seronok dan aktif belajar serta bebas daripada tekanan peperiksaan (Mohd Haidi, 2021). Oleh yang demikian, guru perlu memahami dan menguasai konsep pentaksiran dan penilaian ini supaya strategi dan instrumen yang digunakan adalah tepat dan bersesuaian. Instrumen yang tepat dapat memberikan keputusan yang membantu guru dalam memberi gambaran sebenar kepada perkembangan seseorang individu tersebut.

 

PENTAKSIRAN

Proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan bukti yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk Pendidikan (KPM, 2013). Menurut Lembaga Peperiksaan (2013), pentaksiran haruslah dilihat sebagai:

  1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
  2. Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
  3. Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
  4. Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang baik.

Pentaksiran merupakan satu episode di dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghuraikan, mengumpulkan, merekod, memberikan skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang individu. Oleh yang demikian, tujuan pentaksiran diadakan ialah unutk memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang kemajuan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan perlakuan yang sepatutnya telah dipelajari atau dikuasai. Ia juga sebagai penanda aras kepada mereka yang terlibat dalam membuat keputusan Pendidikan (Pengajaran, perancangan kurikulum, dasar, dan pembentangan program) tenatng murid.

 

PENILAIAN

Satu proses yang dilakukan untuk mengetahui keberkesanan Pengajaran guru dan penguasaan murid bagi sesuatu mata pelajaran di sekolah. Penilaian memainkan peranan yang sangat penting kepada semua pihak sama ada kepada murid, guru ataupun ibu bapa. Oleh itu, penilaian haruslah dilkukan dengan sempurna dan teliti agar data yang dikumpul adalah tepat dan bermakna. Guru perlu merangka objektif dan kandungan mata pelajaran yang hendak diajar sebelum strategi dan kaedah pengajaran dilaksanakan. Bagi proses PdPc guru, penilaian terhadap murid adalah berdasarkan penilaian formatif dan sumatif. Bagi penilaian formatif, guru akan menggunakan beberapa kaedah atau ujian untuk mengukur kebolehan murid dalam menguasai sesuatu pembelajaran (Thorndike, 2001)

 

PENGUJIAN

Satu tugasan atau satu siri tugasan yang digunakan untuk mendapatkan satu maklumat yang sistematik di mana tugasan itu diandaikan wakilan bagi sifat Pendidikan. Contohnya, penggunaan ujian bertulis, jadual pemerhatian projek dan sebagainya. Ia bertujuan untuk menguji tahap kebolehan dan keupayaan murid secara sistematik.

PENGUKURAN

Suatu pemberian angka-angka atau nombor kepada satu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang telah ditetapkan. Pengukuran boleh berbentuk ujian, skala kadar atau senarai semak. Contohnya, TP 4 bagi suatu mata pelajaran. TP 4 adalah berada pada tahap dapat menyelesaikan masalah penyelesaian masalah rutin.

 

 


Rajah 1: Perkaitan pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

Berdasarkan gambar rajah di atas, kita dapat melihat bahawa keempat-empat konsep berkenaan mempunyai perkaitan yang rapat dalam proses sesuatu tahap keberkesanan PdPc guru di dalam bilik darjah. 

 

APA ITU PBD?

                                                                                                                Sumber: Youtube

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Blog ini bertujuan untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus Penilaian dalam Pembelajaran Mat...